Sunday, March 29, 2009

Perlawanan Persahabatan KDFC


Hari ini 29 Mac 2009 aku menyertai perlawanan persahabatan dengan KDFC di Kota Damansara. BABAH temankan aku sampai habis perlawanan. MAMA, ADIK dan KAKAK tidak ikut sebab mereka ada tuisyen. Pasukan aku kalah 0-1.....mungkin kerana keadaan padang yang sangat becak dan berair.


MU Jersey





Aku memang sokong MU.. Baju nie MAMA beli di Stadium Old Trafford. BABAH pun beli sehelai. Kami tulis nama dan nombor masing-masing. BABAH pilih nombor bertuah dia 39, aku pula nombor 10....

Pingat @ Medal

Koleksi medal yang aku menangi sepanjang 2008.


1. Johan Piala Dato' Chu Ah Nge
2. Johan Kejohanan Jemputan PKNS 2008
3. Ketiga Kejohanan Jemputan PNSB 2008
4. Johan Little League
5. Johan Kejohanan Milo-Kronos 2008



Piala Dato' Chu Ah Nge





Tirai 2008 ditutup dengan Kejohanan Piala Dato' Chu Ah Nge di Royal Selangor Club.. Pertandingan ni meninggalkan kenangan manis kepada aku..ha..ha...ha akulah penjaring gol tunggal kemenangan pada perlawanan akhir tersebut mengalahkan pasukan RC 1-0..

Saturday, March 28, 2009

Kejohanan Sepanjang 2008




Banyak juga kejohanan yang aku sertai pada tahun 2008, alhamdulillah semua pertandingan yang aku sertai menjadi Johan...cayalah..Tahun 2009 aku berazam untuk bermain dengan lebih bersungguh-sungguh....

Kasut Bola..



Nielah antara kasut yang aku gunakan untuk latihan atau perlawanan persahabatan..Kasut-kasut nie BABAH dan MAMA yang belikan...




Kasut ini yang paling aku sayang dan suka pakai bila pergi latihan atau perlawanan. Kasut Adidas Predator ini sama macam kasut yang dipakai oleh Steven Gerrard..Yang paling best, kasut nie MAMA beli di London..