Monday, July 27, 2009

Under 8 Memang Hebat





26 Julai 2008 / Ahad


Jam 9.00 pagi semua pemain telah bersiap sedia di Stadium Mini Shah Alam. Walaupun masih hujan dan cuaca agak sejuk, semangat kami tetap membara. Aku dan rakan-rakan dari pasukan CIMB YFA Bintang Muda U8 akan menunjukkan kebolehan kami yang sebenarnya. Kami akan beraksi di Karnival Bola Sepak Kemerdekaan ke-52 anjuran PNSB FC. Kalau tahun 2008, pasukan aku hanya berjaya menduduki tempat KETIGA, tahun ini aku berazam untuk menjadi JUARA.


Aku dan rakan sepasukan memang tidak sabar-sabar untuk beraksi di padang. Kami ingin menunjukkan kehebatan sebenar kerana banyak pihak termasuk media tidak rasmi mengatakan team CIMB YFA Under 8 ini merupakan pasukan yang terbaik @ paling mantap. Aku bangga kerana itu adalah satu kenyataan dan terbukti melalui keputusan pertandingan berikut :-

A. Peringkat Kumpulan.

CIMB YFA vs ASTAKA FC [ menang 6 – 0 ]
CIMB YFA vs PNSB A [ menang 2 – 0 ]
CIMB YFA vs KOTA DAMANSARA FC [ menang 5 – 0 ]

B. Peringkat Suku Akhir.

CIMB YFA vs UKRC [ menang 6 – 0 ]

C. Peringkat Separuh Akhir.

CIMB YFA vs PKNS [ menang 4 – 1 ]

D. Akhir

CIMB YFA vs SUBANG JAYA CFC [ menang 6 – 0 ]

Team Subang Jaya yang kami tewaskan di peringkat akhir...
gol keeper dia memang cekap, kalau tidak tentu berbelas-belas gol....

Saturday, July 18, 2009

Syabas @ Good Game



Siapakah kakak ini ?? Nielah kakak Fatehah
[ suara latar Upin & Ipin ]


18 Julai 2009

Team CIMB YFA Under 8 atau panggilan glamournya Botak and The Gang diuji lagi dalam Kejohanan Bola Sepak Bawah 12 tahun sempena Karnival Ampang. Perlawanan diadakan di Padang Majlis Perbandaran MPAJ.
.
Coach Ganesh tidak meletakkan apa-apa target hanya sekadar untuk membentuk keyakinan diri Team Under 8 sebelum kami menggegarkan Stadium Mini Shah Alam pada minggu depan.
.
Alhamdulillah tiada pemain yang cedera walaupun lawan kami berumur 12 tahun. Dengan semangat juang yang tinggi dan kesefahaman yang sememangnya kuat, Team kami berjaya mendapat tempat kedua dalam kumpulan dan layak ke perlawanan suku akhir. Kami tewas tipis dengan Kencana FC [ 0 -1 ] Syabas kawan-kawan.. We Are The BEST...

Saturday, July 11, 2009

Jom Main Layang-layang..

11 Julai 2009

Balik dari ProLeague, Babah terus pergi Semenyih. Aku tinggal di rumah nenek, apa nak buat......tak tahu nak buat apa ? training pulak cancel petang nie.. so aku pun main layang-layang sampai pukul 7.00 malam.


.

main apa pun tetap pakai jersi...

Champion ProLeague 2009




..
..
tendangan maut sholin soccer
....
..

11 Julai 2009 / Sabtu

Akhirnya Liga ProLeague ditamatkan hari ini. Hanya tiga game sahaja yang berjaya disudahkan. Team CIMB YFA U8 menang ketiga-tiga perlawanan dengan jaringan yang amat besar. Tahniah kepada kawan-kawan dan jangan lupa MISI seterusnya Johan PNSB pada 25 dan 26 Julai 2009 yang akan datang...chaiyok.....