Monday, December 14, 2009

Man of the Match


14 Disember 2009

Terkejut !!!!!! Tak sangka !!!!!! Tak Percaya !!!!!! apabila nama AMAL HAZIM HAZMAN diumumkan sebagai Man of the Match Under 8 - 5th Dato Chu Ah Nge RSC 2009.

Memang aku gembira dan bangga....kejayan ini tidak akan tercapai tanpa sokongan rakan sepasukan...terima kasih kawan-kawan.... aku akan terus berusaha untuk kejayaan yang lebih cemerlang pada masa depan


BOTAK a.k.a SHOULIN The BEST..

Glamour Boy

14 Disember 2009

Malu rasanya apabila aku menjadi tumpuan pemain, coach dan parent yang hadir ke Kejohanan 5th Dato Chu Ah Nge kali ini....Perasan ler pulak....ramai yang nak bergambar dengan aku... hahahah.. Glamour satu Malaya. Nie lah sebahagian daripada gambar aku dengan pemain dan coach dari Premier Soccer School Australia..
.

Kami Johan Lagi [ RSC 09 ]

13 Disember 2009
.
CIMB YFA vs RSC
[ 2 - 0 ]
.
CIMB YFA vs BOWEN Australia
[ 3 - 0 ]
.
CIMB YFA vs PUTRA FC Singapura
[ 8 - 0 ]
.
CIMB YFA vs BINTANG BIRU Penang
[ 1 - 0 ]

CIMB YFA Under 8 membuktikan kehebatan mereka sebagai pasukan bawah 8 tahun yang terkuat di Lembah Klang apabila berjaya merangkul Piala Dato Chu Ah Nge Edisi ke-5 / 2009.
.
Bermula dengan perlawanan pertama, kami mudah mengalahkan Pasukan KLYS [ 3 - 0 ] diikuti perlawanan kedua menentang BINTANG BIRU [ 1 - 0 ]. Seterusnya laluan pasukan kami lebih mudah apabila mengalahkan PUTRA FC Singapura [ 8 - 0 ] dan BOWEN FC Australia [ 3 - 0 ].
.
Peringkat separuh akhir, kami dipertemukan dengan pasukan tuan rumah RSC [ 2 - 0 ]. Akhirnya kami menentang pasukan BINTANG BIRU [ 1 - 0 ] sekali lagi di perlawanan akhir. Hantaran lintang aku ke hadapan pintu gol berjaya disudahkan oleh SAFRI. Dengan jaringan tunggal tersebut, CIMB YFA U8 dinobatkan sebagai JUARA 5th Dato Chu Ah Nge 2009.
.
Tahniah dan terima kasih kawan-kawan atas semangat berpasukan yang ditunjukkan.....

5th Dato Chu Ah Nge 2009

13 Disember 2009.
.
Yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Aku and The Geng beraksi dalam Kejohanan 5th Dato Chu Ah Nge [ RSC ] 2009. Kejohanan yang diadakan di Royal Selangor Club, Bukit Kiara pada tahun ini lebih meriah berbanding tahun-tahun yang sebelumnya. 2 pasukan dari Australia dan 2 pasukan dari Singapura turut menyertai kejohanan tersebut.
.
Tepat Jam 7.15 pagi, aku sudah berada di padang. Aku bangga dapat mewakili Malaysia.
.



Friday, December 11, 2009

Demi YFA

11 Disember 2009
.
.


Tak sabar nak tunggu esok. Aku akan cuba bermain bersungguh-sungguh. Itu janji kami kepada Coach Mahat.

Demi YFA, semalam BABAH bawa aku ke Sentul untuk BOTAKkan kepala. Nie memang wajib aku buat sebelum sesuatu kejohanan. Lagipun ramai yang tak kenal, kalau kepala aku tak Botak. Tetapi kali ini lain sedikit.

Coach Radha suruh aku tulis nama YFA di belakang kepala. Inilah hasilnya.....

Monday, December 7, 2009

Tiger Futbol Starz

30 Oktober 2009





Pagi ini, aku ke Taman Tasik Titiwangsa untuk sesi pemilihan Tiger Futbol Starz. Aku saja-saja cuba untuk cari pengalaman.

Tak sangka jumpa IZZ, HAIKAL dan QAMARUL... Tak susah sangat ujian pemilihan ini.. tapi aku tak berjaya sebab kecil lagi..baru 8 tahun maaaaa . Walau bagaimanapun pengalaman tersebut cukup berharga....Tahniah kepada HAIKAL kerana terpilih...

Geng Botak TMsme Futsal 2009

5 Disember 2009



Aku rasa macam pemain profesional pula apabila dijemput oleh TMse selaku penganjur TMsme Futsal Fiesta 2009 di Cyberjaya.

7.00 pagi, aku dan geng yang lain bertolak dari Pandan Indah ke Kelab Komuniti Cyberjaya. Kami buat show bermain Futsal dengan VVIP dari TMsme. Kami menang 6-1. Aku jaringkan 4 Gol.

Kami juga diminta menunjukkan SKILL menimbang bola, menggelecek, free kick dan sepakan penalti. Terima kasih pihak penganjur atas hadiah yang diberi.

Lepas main, kami berenang di kolam renang dan bermain buaian..biasalah budak-budak lagi. Kakak-kakak dari Multimedia Universiti, thanks sebab minat pada kami....hahahaha.....

Wednesday, December 2, 2009

Aktif Kembali

1 Disember 2009

Lama sudah aku tak update blog nie. Babah kata dia sibuk sangat. Cuti sekolah ni training seperti biasa. Aku dan Geng Botak yang lain akan beraksi dalam Kejohanan Royal Selangor Club di Bukit Kiara pada 12 Disember 2009. Sekarang ni, aku sedang giat berlatih sebagai persediaan untuk kejohanan tersebut.

Pasukan-pasukan yang akan bertanding ialah:-

1. Royal Selangor Club ( Tuan Rumah )
2. Bintang Biru ( Pulau Pinang )
3. Brazil Soccer School
4. CIMB YFA ( Geng Botak )
5. KLYS
6. Arsenal Soccer School
7. Putra Singapura
8. Global Singapura
9. BSA Australia
10. Premier Soccer School Australia

Wah !!!!!! hebat sungguh pasukan-pasukan yang bertanding. Semoga Geng Botak akan menjuarai kejohanan kali ini seperti tahun-tahun yang sebelumnya....