Wednesday, April 29, 2009

Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.





Aku ikut BABAH pergi Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur. Buat pertama kalinya aku dapat pijak padang...selalunya aku tengok pemain KL atau pemain lain bermain.... Suatu hari nanti, aku juga akan bermain di padang ini.....




Sunday, April 26, 2009

Perlawanan Persahabatan Liga Little League 2009








Di Garden International School pasukan aku mengadakan perlawanan ujian dengan pasukan Little League dan KLYS..

Perlawanan Pertama : CIMB YFA vs LITTLE LEAGUE
[ 2 - 0 ]

Aku yang jaringkan kedua-dua gol tersebut...bangganya.....

Perlawanan Kedua : CIMB YFA vs KLYA
[ 10 - 0 ]

Aku jaringkan 2 gol sahaja.
Satu permulaan yang baik sebelum kejohanan yang sebenar pada 16 MEI 2009.

Jersi Baharu





Hari ini kami pakai jersi baru untuk latihan yang ditaja oleh CIMB.
Cantik juga jersi baharu nie..

Sunday, April 5, 2009

Aku @ News Paper..

Terperanjat dan terkejut apabila melihat gambar aku dan rakan-rakan disiarkan dalam akhbar SINAR selepas kami menyertai Kejohanan Pialan Datuk Chu di Royal Selangor Club..

Kasut Lagi !!




Sewaktu berjalan-jalan di KLCC, aku ternampak kasut ini di Butik ADIDAS. Apa lagi aku pujuk BABAH supaya membelinya. Akhir sekali BABAH termakan pujuk rayu aku.......

Iqmal dan Firdaus pun ader kasut nie...tak mahal............RM 180.00 sepasang


Liga Little League 2009

Aku terpilih untuk mewakili pasukan YFA Bintang Muda ke Liga Little League 2009 yang akan dilangsungkan pada......... 16 Mei 2009 hingga 11 Julai 2009.

Mulai hari ini jadual latihan pasukan elit diubah dari pukul 4.30 petang ke 2.45 petang setiap hari Sabtu dan Ahad.

.....panas...panas...panas tapi coach kata kami kena biasa dengan panas sebab semua perlawanan dalam liga diadakan pada pukul 12.30 tengah hari.....bertambah hitamlah aku.......

.....perlawanan akan diadakan di Sri Garden International School, Bukit Kiara, Kuala Lumpur...




sebelum latihan kenalah panaskan badan dulu..walaupun cuaca memang panas.....

Saturday, April 4, 2009

Aku @ Celebriti Popular !!!!!

ha..ha...ha..ha.. tak sangka main bola pun boleh popular.. nie beberapa kenangan lama bergambar dengan celebriti tempatan..



Dengan Shawal AF4 di KLCC


Aku dengan Aizat AF4..di KLCC..kami tengok wayang bersama.



Dengan Fasha Sanda....cun giler..

Hari Lahir Ke-8


Dicium oleh kakak-kakak aku. Walaupun kami selalu bergaduh...






Hari ini 30 Mac 2009, aku menyambut hari lahir yang ke-8. Kami sekeluarga potong kek di rumah. Lepas itu BABAH bawa kami sekeluarga makan di KLCC. Aku semakin besar. MAMA kata aku tak nakal lagi.....