Saturday, May 30, 2009

Menang BESAR Lagi

30 Mei 2009 / Sabtu




Game ke-2 ProLeague di Garden International School berjalan seperti yang dijadualkan. Tepat Jam 12.40 tengah hari perlawanan dimulakan. CIMB Bintang Muda vs Little League. Keputusannya 12 vs 2. Aku berjaya jaringkan 3 gol sahaja. Selebihnya dijaringkan oleh kawan-kawan aku. Iqmal 5 gol, Atif 1 gol, Din 2 gol dan Qamarul 1 gol. Tahniah kepada GENG BOTAK.






Selepas itu, Coach Ganesh belanja kami makan KFC. Nie kali kedua Coach Ganesh belanja kami.


Wah, kuat juga aku makan !!!!

Friday, May 29, 2009

Pengunjung ke 1000




Popular gak blog aku nie.. tepat jam 12.12 pm / 29 Mei 2009 telah tercatat pengunjung yang ke 1000. Thanks to all the visitors....




Monday, May 25, 2009

BOTAK vs REMPIT






Kadang kala bosan juga cerita tentang bola... Malam tadi kami sekeluarga pergi ke Jaya Jusco di Taman Maluri. BABAH beli hadiah untuk kawannya yang akan berkahwin pada minggu depan.. so aku pun ambil peluang merempit....hahahaha.. tengok lah aksi ganaz aku...


Kejuaraan Kedua 2009 !!!

Walaupun kami bermain tidak sebaik selalu seperti di PROLEAGUE.. dengan semangat kerjasama yang jitu, kami berjaya menjadi JOHAN dengan mengalahkan PKNS........ ( 1 - 0 ) di perlawanan akhir CIMB FESTIVAL U8 & U10 / 2009. Yeeeee.....minggu depan selepas perlawanan ProLeague di Mont Kiara.... Coach GANESH akan belanja kami makan KFC...Untuk kawan-kawan dan peminat-peminat BOTAK@SHOLIN.. tataplah gambar ini sepuas-puasnya. Terima kasih BABAH ( Tuah kasut baru ) MAMA, KAKAK dan ADIK...


CIMB YFA Bintang Muda A vs PKNS Selangor.
...
we are the champion....

gaya seorang juara....
..

menjulang piala kemenangan..

kenapa mulut IQMAL macam tuuu..

aku di interview oleh wartawan...

CIMB YFA Festival 2009

Hari yang ditunggu - tunggu telah tiba. Jam 7.00 pagi, aku dan BABAH sudah berada di Institut Perguruan Ilmu Khas [ IPIK ] Bandar Tun Razak. Jam 8.45 pagi acara perbarisan pasukan-pasukan yang bertanding dimulakan. Aku diberi penghormatan untuk membawa sepanduk pasukan CIMB YFA Bintang Muda.

Antara pasukan yang bertanding dalam festival kali ini adalah :-

Kumpulan A.

CIMB YFA Bintang Muda A { Pasukan Aku }
BINTANG BIRU { Pulau Pinang }
Bonggo FC { Pahang }
ARENA FC
PNSB SHAH ALAM

Kumpulan B.
.
CIMB YFA Bintang Muda B
CIMB YFA Bintang Muda C
KAPAR FC
ROYAL SELANGOR CLUB
PKNS SELANGOR

Dalam Festival hari ini, permainan kami tidak menjadi. Kami bermain bukan dalam prestasi yang sebenar. Apa lagi Coach Ganesh sangat marah. Walau bagaimanapun aku bangga kerana berjaya menyelamatkan pasukan ini untuk layak ke perlawanan akhir.
Keputusan Perlawanan yang diadakan pada hari ini :-

1. CIMB YFA Bintang Muda A vs
Bintang Biru Penang
( 2 – 0 ) aku tidak menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

2. CIMB YFA Bintang Muda A vs Arena FC
( menang percuma kerana pasukan ini tidak menghantar penyertaan.)

3. CIMB YFA Bintang Muda A vs Bonggo Pahang
( 1 – 0 ) aku tidak menjaringkan gol lagi …. hehehe belum panas kata orang putih.

4. CIMB YFA Bintang Muda A vs PNSB SHAH ALAM
( 3 – 1 ) aku jaringkan 1 gol sahaja ….. baru nak panas.

5. CIMB YFA Bintang Muda A vs CIMB YFA "B"
( Separuh Akhir )
( 1 – 1 ) aku yang jaringkan 1 gol sebagai gol penyelamat. Selamat pasukan aku.. kalau
tidak malu besar kerana kalah dengan CIMB YFA "B".
( 3 – 1 ) sepakan penalti …… aku jaringkan 1 gol juga.
.
6. CIMB YFA Bintang Muda A vs PKNS Selangor
( Perlawanan Akhir )
( 1 - 0 ) satu lagi kenangan paling manis dalam hidup aku selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir menentang RSC pada tahun 2008. Aku berjaya menjaringkan gol emas sekali lagi selepas memperdaya beberapa orang pemain pertahanan PKNS. Teknik yang BABAH ajar sehari sebelum perlawanan benar-benar berkesan. Aku ikut apa yang BABAH pesan dan terus merembat ke dalam .....Goooooooooooool.



Jadual Perlawanan



VIP yang hadir memeriahkan majlis

Hensom Tak...???

Nak berkenalan boleh ??

Kecil-kecil CILI PADI

Jersi....tengok NO.8 tuu

Semua Original tau....habis duit mak kami !!!

Sesi memanaskan badan yang tak panas-panas

Macam kenal jer Coach tuu...oh Coach Ganesh..

Kami semua masih BUJANG lagi..

Wednesday, May 20, 2009

Kasut Baru Lagi !!!!

Petang tadi, aku dan BABAH pergi KLCC. Biasalah..kami singgah di Butik ADIDAS. BABAH belikan aku kasut ini....cantik juga.. harga dia pun cantik RM 219.00..


Malamnya, kami pergi PAVILION...pukul 10.30 malam kami balik...dan aku terus tidur kerana terlalu letih berjalan...


Ewah...bergambar dengan STEVEN GERRARD

Tuesday, May 19, 2009

Surat Daripada Peminat ??


Hari ini aku dapat sepucuk surat daripada seseorang semasa di sekolah... rupa-rupanya peminat setia aku yang kirim....hahahaha...terima kasih KAK HUSNA kerana masih ingat lagi pada aku. Sekarang KAK HUSNA belajar di sekolah sukan Sultan Abdul Jalil Kajang.....tq.

Monday, May 18, 2009

NEXT VISION


Bulan Mei dan Jun ini aku agak sibuk sedikit, setiap minggu ada perlawanan, dalam masa yang sama aku terpaksa menduduki peperiksaan penggal pertama dan peperiksaan sekolah agama.

Minggu depan, 24 Mei 2009 aku akan menyertai FESTIVAL BOLA SEPAK CIMB YFA BINTANG MUDA U8 & U10 2009. Aku mewakili team CIMB YFA A. Aku akan bermain bersungguh-sungguh dan menjaringkan lebih banyak gol....matlamat kami adalah menjuarai kejohanan kali ini....tungguuuuuuuuuuuuu...


Saturday, May 16, 2009

Jalan - jalan Cari Makan

Balik dari Mont Kiara.... semua berasa lapar. BABAH bawa kami makan di Kayu Nasi Kandar.. Bandar Tasik Permaisuri...aku makan nasi kandar, abc dan milo ais.


.

GAME 1 { Little League } 16 Mei 2009

Penyerang di depan sekali lee..


Okey..perlawanan pertama Liga Little League bermula hari ini di padang Garden Internatioal School, Mont Kiara. Perlawanan antara CIMB YFA vs LITTLE LEAGUE...

Tepat jam 1.00 tengah hari pengadil meniupkan wisel sepak mula ... mak ooi..panasnya..dah lah tu bermain di atas padang rumput tiruan. Selepas beberapa minit, aku menjaringkan gol yang pertama...semua penyokong CIMB YFA menjerit keseronokan, lebih-lebih lagi MAMA, ADIK dan KAKAK. Akhirnya CIMB YFA menang dengan jaringan 10 - 1

Senarai penjaring pada perlawanan ini.
1. Amal / SHOLIN [ 3 gol ]
2. Iqmal [ 3 gol ]
3. Amirul [ 1 gol ]
4. Atif [ 1 gol ]
5. Qamarul [ 1 gol ]
6. Din [ 1 gol ]

berehat seketika pada separuh masa...

Monday, May 11, 2009

TAHNIAH BOTAK @ SHOLIN






Aku sangat gembira hari ini. Kakak dan adik kecewa kerana tidak dapat melihat aku bermain disebabkan mereka berdua terpaksa mengikuti Kem Motivasi di Bangsar.

Aku terpilih sebagai PEMAIN TERBAIK PERLAWANAN AKHIR....nie piala dan medal yang aku dapat semalam. Aku berjaya jaringkan 7 gol kesemuanya.

Minggu depan, 16 Mei 2009, perlawanan Liga Little League yang pertama akan diadakan di Garden International School. Aku berazam untuk menjaringkan seberapa banyak gol...

4th INTERNAL FOOTBALL FESTIVAL 2009




AHAD - 10 MEI 2009. Alhamdulillah, aku dan Team FRANCE berjaya menjadi JOHAN dalam Festival ini. FRANCE vs HOLLAND di Final. 1-0...yeee aku jaringkan gol kemenangan tersebut. Terima kasih kepada BABAH dan MAMA yang sanggup berpanas sehingga pukul 3.00 petang menunggu aku. Selamat Hari Ibu..




Bersama IKMAL dari Team HOLLAND..
Penjaring Terbanyak VS Pemain Terbaik

Sunday, May 10, 2009

Botak Lagi..



Coach panggil aku SHOLIN...memang aku suka BOTAK....ada juga yang panggil aku MAWI...perasaan pulak..apa-apa pun BABAH dan MAMA tetap panggil aku BABY.

Saturday, May 9, 2009

Team France

Tepat jam 8.00 pagi, BABAH dah hantar aku ke Padang MPAJ. Pagi ini ada agihan kumpulan untuk Festival Bola Sepak CIMB di Institut Perguruan Ilmu Khas [ IPIK ] pada 10 May 2009. Aku diundi dalam Team FRANCE.



Selepas itu, Team Elit mengadakan perlawanan persahabatan dengan Team Bawah 10 tahun. Biasalah Team aku kalah 0-1. Balik dari padang MAMA bawa makan di McD. Esok aku akan bermain dengan bersungguh-sungguh.. Kasihan Zaman tak dapat main sebab kaki dia sakit. BABAH nasihat aku supaya jaga diri....