Monday, May 25, 2009

CIMB YFA Festival 2009

Hari yang ditunggu - tunggu telah tiba. Jam 7.00 pagi, aku dan BABAH sudah berada di Institut Perguruan Ilmu Khas [ IPIK ] Bandar Tun Razak. Jam 8.45 pagi acara perbarisan pasukan-pasukan yang bertanding dimulakan. Aku diberi penghormatan untuk membawa sepanduk pasukan CIMB YFA Bintang Muda.

Antara pasukan yang bertanding dalam festival kali ini adalah :-

Kumpulan A.

CIMB YFA Bintang Muda A { Pasukan Aku }
BINTANG BIRU { Pulau Pinang }
Bonggo FC { Pahang }
ARENA FC
PNSB SHAH ALAM

Kumpulan B.
.
CIMB YFA Bintang Muda B
CIMB YFA Bintang Muda C
KAPAR FC
ROYAL SELANGOR CLUB
PKNS SELANGOR

Dalam Festival hari ini, permainan kami tidak menjadi. Kami bermain bukan dalam prestasi yang sebenar. Apa lagi Coach Ganesh sangat marah. Walau bagaimanapun aku bangga kerana berjaya menyelamatkan pasukan ini untuk layak ke perlawanan akhir.
Keputusan Perlawanan yang diadakan pada hari ini :-

1. CIMB YFA Bintang Muda A vs
Bintang Biru Penang
( 2 – 0 ) aku tidak menjaringkan gol dalam perlawanan ini.

2. CIMB YFA Bintang Muda A vs Arena FC
( menang percuma kerana pasukan ini tidak menghantar penyertaan.)

3. CIMB YFA Bintang Muda A vs Bonggo Pahang
( 1 – 0 ) aku tidak menjaringkan gol lagi …. hehehe belum panas kata orang putih.

4. CIMB YFA Bintang Muda A vs PNSB SHAH ALAM
( 3 – 1 ) aku jaringkan 1 gol sahaja ….. baru nak panas.

5. CIMB YFA Bintang Muda A vs CIMB YFA "B"
( Separuh Akhir )
( 1 – 1 ) aku yang jaringkan 1 gol sebagai gol penyelamat. Selamat pasukan aku.. kalau
tidak malu besar kerana kalah dengan CIMB YFA "B".
( 3 – 1 ) sepakan penalti …… aku jaringkan 1 gol juga.
.
6. CIMB YFA Bintang Muda A vs PKNS Selangor
( Perlawanan Akhir )
( 1 - 0 ) satu lagi kenangan paling manis dalam hidup aku selepas berjaya menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan akhir menentang RSC pada tahun 2008. Aku berjaya menjaringkan gol emas sekali lagi selepas memperdaya beberapa orang pemain pertahanan PKNS. Teknik yang BABAH ajar sehari sebelum perlawanan benar-benar berkesan. Aku ikut apa yang BABAH pesan dan terus merembat ke dalam .....Goooooooooooool.



Jadual Perlawanan



VIP yang hadir memeriahkan majlis

Hensom Tak...???

Nak berkenalan boleh ??

Kecil-kecil CILI PADI

Jersi....tengok NO.8 tuu

Semua Original tau....habis duit mak kami !!!

Sesi memanaskan badan yang tak panas-panas

Macam kenal jer Coach tuu...oh Coach Ganesh..

Kami semua masih BUJANG lagi..

No comments:

Post a Comment