Saturday, June 27, 2009

MDHS Festival Remaja U12

Sabtu / 27 Jun 2009

Jam 6.00 pagi, aku sudah bangun., 6.30 pagi kami bertolak ke Taman Millenium, Kuala Kubu Baharu.. Aku akan menyertai Festival Bola sepak U12 anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama CIMB YFA.

Team aku, satu-satunya Team Under 8 yang menyertai kejohanan ini bagi kategori Bawah 10 tahun. Takut dan gementar juga sebab saiz kebanyakan pemain,, dua atau tiga kali ganda lebih besar daripada saiz badan aku yang COMEL nie...

Sebelum perlawanan, ada pihak lawan yang mentertawakan kami. Mereka ingat kami senang-senang boleh dikalahkan. Selepas sepak mula, dengan kerjasama rakan-rakan sepasukan, Team CIMB YFA U8 menjadi pujian pelbagai pihak....cayolah.....Keputusan pelawanan seperti berikut :-


A. Peringkat Kumpulan.


CIMB YFA U8 vs MEBA FC Klang [ menang 1 - 0 ]
CIMB YFA U8 vs SK Taman Bunga Raya [ seri 0 - 0 ]
CIMB YFA U8 vs YFA Sungai Buloh [ menang 2 - 0 ]
CIMB YFA U8 vs Subang Jaya CSC [ menang 1 - 0 ]
CIMB YFA U8 vs SK Ulu Yam Baru [ seri 0 - 0 ]
CIMB YFA U8 vs RSC Eagles [ menang 1 - 0 ]

Kedudukan : Tepat Kedua dalam kumpulan.


B. Peringkat Suku Akhir

CIMB YFA U8 vs Seri Anggerik 3 [ menang 2 - 1 ]


C. Peringkat Separuh Akhir

CIMB YFA U8 vs Subang Jaya CFC [ A ] [ kalah sepakan penalti 3 - 4 ]

Nampaknya, team kami tiada rezeki kali ini.....
.

Lokasi : Taman Millenium

..tengoklah saiz badan abang-abang nie....

cuaca agak berkabus walaupun tengah hari..

hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua MDHS

tempat keempat sahaja..tahniah...

.

Saturday, June 20, 2009

Gemuruh Jiwa

Sabtu / 20 Jun 2009


Ramai yang tak tahu, selain bermain bola, aku juga pandai menanyi.. Lagu Gemuruh nie merupakan salah satu lagu kegemaran aku....jom nyanyi bersama-sama...
.


Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda



Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa



Bila bertalu rentak dikalbu
Hasrat yang tersirat semakin kuburu
Bila bergema laungan gempita
Harapan bernyala nadiku berganda




Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa

Ungkapan ini bukan sekadar bermimpi
Segalanya pasti kan terbukti nanti

Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa



Gemuruh jiwa semangat membara
Dari puncak ingin ke angkasa
Berkalungkan bintang berkelipan
Menyerlah jauh dari yang biasa
Menyerlah jauh dari yang biasa



Sunday, June 14, 2009

Raja Bola @ Raja Buah

durian kucing tidur kot..


Ahad / 14 Jun 2009


Pukul 10.30 malam, tiba-tiba BABAH kata jom kita pergi makan durian. Aku pakai baju terus ikut BABAH dan MAMA...dah lama tak makan durian MUAR... kalau tak silap coach kata durian boleh makan, asalkan jangan makan nasi lemak dan roti canai ...
.
.

amboi....sedapnya...

PSAS 2009




Sabtu / 13 Jun 2009

Game 3, ProLeague dibatalkan hari ini. So..aku ada lebih banyak masa. BABAH kata, kita pergi Petaling Jaya untuk melihat perlawanan PSAS bawah 11 tahun. CIMB YFA vs Mahkota FC [ 3 - 2 ] dan perlawanan kedua CIMB YFA vs UKRC [ 1 - 1 ]. Geram sungguh aku lihat abang-abang bermain, gatal je kaki nak jaringkan gol. Petangnya, latihan seperti biasa di Pandan Indah..xoxo.

Tuesday, June 9, 2009

Kenduri Kahwin

Sabtu / 6 Jun 2009

Cuti sekolah biasalah dengan majlis perkahwinan. Banyak undangan yang keluarga aku terima. Salah satu daripadanya daripada sepupu BABAH. Pukul 7.30 pagi kami bertolak ke Kluang, Johor.. perjalanan ok, BABAH memang bawa laju. Kami tiba di Bandar Kluang pada pukul 10.30 pagi, lebih kuranglah.. Lepas tu pergi ke rumah rehat kerajaan untuk bertemu dengan saudara mara yang lain.






Wah, happening gila sebab dapat jumpa sepupu sepipit aku dari kampung. Pukul 1.30 tengah hari kami pergi ke rumah pengantin perempuan di Taman Fajar, Kluang. Pukul 3.30 petang kami balik dan singgah di Bandar Hilir, Melaka.

Malamnya, kami menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot.. BEST tau... Cik Aya, bila nak bawa anak-anak ke sana ??... pukul 11.00 malam kami balik ke Kuala Lumpur. Satu hari perjalanan yang memenatkan, tetapi banyak pengalaman yang aku dapat...
.
.
.
.
..dengan MAMA menyusuri Sungai Melaka..
......

..sempat gak berposing di Masjid Al Azim, Bandar Hilir..

Thursday, June 4, 2009

Bosannya Di Rumah




Khamis / 4 June 2009

Bosannya duduk di rumah..tak ada buat apa-apa.. training pun tak ada, BABAH suruh aku baca buku..petang-petang aku pergi ke padang.. berlatih seorang diri..... yeeeeee esok kami akan pergi ke JOHOR BAHRU..

Tuesday, June 2, 2009

MU Soccer School

Selasa / 2 Jun 2009


Pagi nie, BABAH bawa aku ke Royal Selangor Club di Bukit Kiara. Kami lihat MU Soccer School yang mengadakan klinik bola sepak di padang itu. Ramai juga pelatih yang mengikuti program tersebut. Okey juga teknik latihan yang diajar oleh jurulatih dari MU itu.




Monday, June 1, 2009

BOTAK at News Again


Ahad / 31 Mei 2009

Petang tadi aku pergi latihan macam biasa. Sampai di padang Coach Mahat beritahu gambar aku ader dalam SINAR hari nie. Wah...cayalah....gempaQ satu MALAYA.....

copy and paste from www.yfamalaysia.com

BOTAK Gi Hospital




Sabtu / 30 Mei 2009

.
Balik dari Mont Kiara, kami sekeluarga bergegas ke Hospital Kajang. Sepupu aku NAUFAL terkena air panas. Kejadian berlaku pada hari Khamis, pukul 2.30 pagi. Waktu tu NAUFAL dan keluarganya sedang menonton perlawanan akhir UEFA.. Aku doakan semoga NAUFAL cepat sembuh... amin.