Saturday, June 27, 2009

MDHS Festival Remaja U12

Sabtu / 27 Jun 2009

Jam 6.00 pagi, aku sudah bangun., 6.30 pagi kami bertolak ke Taman Millenium, Kuala Kubu Baharu.. Aku akan menyertai Festival Bola sepak U12 anjuran Majlis Daerah Hulu Selangor dengan kerjasama CIMB YFA.

Team aku, satu-satunya Team Under 8 yang menyertai kejohanan ini bagi kategori Bawah 10 tahun. Takut dan gementar juga sebab saiz kebanyakan pemain,, dua atau tiga kali ganda lebih besar daripada saiz badan aku yang COMEL nie...

Sebelum perlawanan, ada pihak lawan yang mentertawakan kami. Mereka ingat kami senang-senang boleh dikalahkan. Selepas sepak mula, dengan kerjasama rakan-rakan sepasukan, Team CIMB YFA U8 menjadi pujian pelbagai pihak....cayolah.....Keputusan pelawanan seperti berikut :-


A. Peringkat Kumpulan.


CIMB YFA U8 vs MEBA FC Klang [ menang 1 - 0 ]
CIMB YFA U8 vs SK Taman Bunga Raya [ seri 0 - 0 ]
CIMB YFA U8 vs YFA Sungai Buloh [ menang 2 - 0 ]
CIMB YFA U8 vs Subang Jaya CSC [ menang 1 - 0 ]
CIMB YFA U8 vs SK Ulu Yam Baru [ seri 0 - 0 ]
CIMB YFA U8 vs RSC Eagles [ menang 1 - 0 ]

Kedudukan : Tepat Kedua dalam kumpulan.


B. Peringkat Suku Akhir

CIMB YFA U8 vs Seri Anggerik 3 [ menang 2 - 1 ]


C. Peringkat Separuh Akhir

CIMB YFA U8 vs Subang Jaya CFC [ A ] [ kalah sepakan penalti 3 - 4 ]

Nampaknya, team kami tiada rezeki kali ini.....
.

Lokasi : Taman Millenium

..tengoklah saiz badan abang-abang nie....

cuaca agak berkabus walaupun tengah hari..

hadiah disampaikan oleh Yang Dipertua MDHS

tempat keempat sahaja..tahniah...

.

No comments:

Post a Comment