Monday, July 27, 2009

Under 8 Memang Hebat





26 Julai 2008 / Ahad


Jam 9.00 pagi semua pemain telah bersiap sedia di Stadium Mini Shah Alam. Walaupun masih hujan dan cuaca agak sejuk, semangat kami tetap membara. Aku dan rakan-rakan dari pasukan CIMB YFA Bintang Muda U8 akan menunjukkan kebolehan kami yang sebenarnya. Kami akan beraksi di Karnival Bola Sepak Kemerdekaan ke-52 anjuran PNSB FC. Kalau tahun 2008, pasukan aku hanya berjaya menduduki tempat KETIGA, tahun ini aku berazam untuk menjadi JUARA.


Aku dan rakan sepasukan memang tidak sabar-sabar untuk beraksi di padang. Kami ingin menunjukkan kehebatan sebenar kerana banyak pihak termasuk media tidak rasmi mengatakan team CIMB YFA Under 8 ini merupakan pasukan yang terbaik @ paling mantap. Aku bangga kerana itu adalah satu kenyataan dan terbukti melalui keputusan pertandingan berikut :-

A. Peringkat Kumpulan.

CIMB YFA vs ASTAKA FC [ menang 6 – 0 ]
CIMB YFA vs PNSB A [ menang 2 – 0 ]
CIMB YFA vs KOTA DAMANSARA FC [ menang 5 – 0 ]

B. Peringkat Suku Akhir.

CIMB YFA vs UKRC [ menang 6 – 0 ]

C. Peringkat Separuh Akhir.

CIMB YFA vs PKNS [ menang 4 – 1 ]

D. Akhir

CIMB YFA vs SUBANG JAYA CFC [ menang 6 – 0 ]

Team Subang Jaya yang kami tewaskan di peringkat akhir...
gol keeper dia memang cekap, kalau tidak tentu berbelas-belas gol....

No comments:

Post a Comment